X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Mahkamah benar pelepasan sementara pasport untuk Najib ke Singapura

Najib. - Foto fail Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan semula pasportnya untuk kegunaan sementara.

Ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu ke Singapura untuk melawat anak perempuannya yang dijangka akan melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Pasukan pembelaan Najib memfailkan permohonan berkaitan pasport tersebut ke Mahkamah Rayuan, kerana rayuan bagi sabitan kes Ahli Parlimen Pekan itu sedang dibicarakan di situ.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan permohonan pelepasan pasport berkenaan bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

Kamaluddin berkata, mahkamah membenarkan permohonan itu selepas mendapati terdapat alasan yang munasabah.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh pasport antabangsanya secara sementara untuk ke Singapura bagi tujuan sama. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!