X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

UMNO akur dengan sebarang keputusan

A
A

SHAH ALAM – UMNO akan akur dengan keputusan Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana ia bukan perkara kecil.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, selain keputusan Sultan Nazrin, perkara berkenaan juga perlu mendapatkan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada boleh dilaksanakan PRN atau sebaliknya.

“Kalau kata UMNO nak pilihan raya, SPR kata tidak boleh buat pilihan raya (sebab) MKN kata tidak selamat. Macam mana kita nak buat sebab ini bukan perkara kecil. Ini situasi untuk mendapatkan mandat rakyat. Kena ikut keadaan kita yang sedang menghadapi pandemik Covid-19

“Kita ada prosedur operasi standard (SOP). Tidak macam dahulu. Cuma kali ini berpandukan keputusan MKN, SPR dan nasihat (Pemangku) Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan membuat keputusan minggu depan sama ada akan menasihatkan Pemangku Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di Melaka bagi menangguhkan PRN.

Beliau berkata, Sultan Nazrin akan mendapatkan taklimat daripada Peguam Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan SPR terlebih dahulu.

Seorang lagi ahli MKT UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya secara peribadi berpandangan UMNO akan membuat keputusan sesuai dengan keperluan.

“Hal ini telah terbukti dalam banyak isu dan keadaan. Contohnya isu krisis pertukaran atau perubahan kerajaan seperti yang dituntut oleh Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) itu juga berlaku.

“Untuk mengelak pilihan raya berlaku pada perubahan kerajaan yang lepas, parti melakukan apa yang diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja,” jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!