Tandukan padu Ogbonna tumbangkan Everton

Ogbonna (kiri) meraikan jaringan bersama pemain West Ham United selepas meledak jaringan. Foto AFP
Ogbonna (kiri) meraikan jaringan bersama pemain West Ham United selepas meledak jaringan. Foto AFP
A
A
A

TANDUKAN padu Angelo Ogbonna sudah cukup membolehkan West Ham United membawa pulang tiga mata apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas Everton ketika mengadakan kunjungan ke Stadium Goodison Park dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemenangan yang disifatkan bukan biasa-biasa itu terhasil selepas pelawat dipaksa bergelut sebelum dapat menjinakkan tuan rumah untuk meraih mata ke-14 liga.

Tuan rumah yang berkira-kira keputusan seri perlawanan itu mampu melonjakkan kelab tersebut ke tangga kelompok atasan akhirnya berputih mata apabila berada di bawah kedudukan bawah pelawat.

Tiga mata diraih The Hammers ke atas The Toffees secara tidak langsung mengimbau memori pengendali West Ham United, David Moyes ketika bergelar pengurus Everton suatu masa dulu yang kini dipimpin Rafa Benitez.

Artikel Berkaitan: