Nur Aisyah Aleya mungkin didera, polis temui toto dengan kesan darah

Pencarian diteruskan di sekitar lokasi penemuan mayat mangsa untuk mencari bukti baharu.
Pencarian diteruskan di sekitar lokasi penemuan mayat mangsa untuk mencari bukti baharu.
A
A
A

LANGKAWI - Toto yang mempunyai beberapa titisan darah dirampas dari rumah pasangan suami isteri di Kuarters Hospital Langkawi untuk membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, toto itu diambil dari bilik tidur mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah oleh Unit Forensik, petang semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku unsur penderaan terhadap mangsa di rumah berkenaan.

“Toto itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Kami akan teruskan siasatan terhadap suspek termasuk merakam percakapan semua anak pasangan itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, ibu mangsa sudah dimaklumkan mengenai penemuan tengkorak dan cebisan rambut di kawasan gaung di Gunung Raya, dan kelihatan sedih dengan penemuan itu.

“Ibu mangsa sanggup beri kerjasama untuk ambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Langkawi. Sampel darah pasangan suspek itu juga akan diambil untuk bantu siasatan selepas kita temui titisan darah pada toto, ini kerana suspek wanita ada mengatakan suaminya pernah memukul,” katanya.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi bersama Unit K-9 akan terus melakukan pencarian di lokasi penemuan tengkorak mangsa bagi mencari anggota badan lain.

“Kami bimbang anggota badan mangsa sudah dimakan binatang buas, kami turut perluaskan kawasan pencarian di sekitar hutan tebal itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bedah siasat terhadap penemuan cebisan rambut dan tengkorak Nur Aisyah Aleya akan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Jumaat ini, bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak itu.

ARTIKEL BERKAITAN Kehilangan Nur Aisyah Aleya terjawab

ARTIKEL BERKAITAN Suami, isteri direman bantu siasatan kes bunuh Nur Aisyah Aleya