X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Polis kesan individu 'prank' mahu cederakan orang awam

Lelaki berkenaan mengacah untuk memukul orang awam yang menaiki eskalator.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan sedang mengesan individu yang terlibat dalam sebuah video tular berdurasi 29 saat memaparkan seorang lelaki mahu mencederakan orang awam di sebuah pusat beli-belah di sini.

Klip video berkenaan memaparkan seorang lelaki mengacah untuk memukul beberapa orang awam yang sedang menaiki eskalator.

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya mengesan video berkenaan menerusi sebuah akaun halaman di Facebook sekitar jam 6.30 petang pada Jumaat.

"Tarikh dan masa kejadian sebenar video ini dirakamkan tidak dapat dipastikan buat masa ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau memohon saksi atau individu terlibat untuk tampil membantu siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

"Sebarang pelanggaran yang menyalahi peruntukan undang-undang boleh dikenakan tindakan. Sebarang maklumat boleh disalurkan menerus hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!