Huawei saman kerajaan AS

Firma telekomunikasi Huawei bertindak menyaman kerajaan AS.
Firma telekomunikasi Huawei bertindak menyaman kerajaan AS.
A
A
A

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Firma telekomunikasi terkemuka dari China, Huawei dilapor memfailkan saman terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS) berhubung larangan yang menyekat agensi kerajaan daripada menggunakan produk mereka.

Dalam satu kenyataan, firma tersebut mendakwa pihak AS gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong sekatan tersebut.

Selain mengenakan sekatan, AS juga dikatakan melobi rakan sekutu untuk memulaukan syarikat telekomunikasi terbabit.

"AS berulang kali gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong larangan yang dikenakan ke atas produk Huawei, dan ini menyebabkan pihak kami mengambil tindakan undang-undang sebagai langkah terakhir.

"Larangan yang dikenakan AS bukan sahaja tidak sah, malah ia turut menyekat Huawei daripada menyertai persaingan sihat dan akhirnya akan memberi kesan kepada pengguna di AS," kata Timbalan Pengerusi Huawei, Guo Ping

Saman terbabit difailkan di sebuah mahkamah daerah di Texas dan Huawei menekankan tiada pemilikan kerajaan China dalam syarikat berkenaan.

Terdahulu kerajaan AS, Australia dan New Zealand bertindak menyekat agensi tempatan daripada menggunakan teknologi Huawei untuk rangkaian 5G. - BBC

Artikel Berkaitan: