2 maut dalam insiden tembakan di Beirut, Lubnan

Pasukan tentera membuat kawalan dekat Istana Kehakiman ketika penyokong kumpulan Hizbullah dan Gerakan mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tindakan hakim yang sedang menyiasat kes letupan pelabuhan Beirut, Tarek Bitar. - Foto AP

A
A
A

BEIRUT - Sekurang-kurangnya dua maut manakala beberapa yang lain cedera dalam insiden tembakan di Beirut, Lubnan, lapor Xinhua.

Menurut saluran televisyen tempatan al-Jadeed pada Khamis, kejadian berlaku ketika penyokong Hizbullah dan Gerakan Amal mengadakan tunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan itu sebagai membantah tindakan hakim yang sedang menyiasat kes letupan pelabuhan Beirut, Tarek Bitar mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Parlimen Lubnan, Ali Hassan Khalil kerana tidak hadir sesi soal jawab.

Tentera Lubnan mengumumkan pihaknya sedang memburu suspek yang melepaskan tembakan itu.

Perdana Menteri, Najib Mikati menggesa kekacauan segera dihentikan untuk mengelak keadaan menjadi lebih tegang. - Bernama

Artikel Berkaitan: