X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

Mercedes Benz terbakar di R&R Temerloh

Gambar kiri, anggota bomba memadamkan api kebakaran kereta Mercedes Benz. Gambar kanan, keadaan Mercedes Benz yang musnah kira-kira 80 peratus dalam kejadian di R&R Temerloh pada Khamis. - Foto ihsan Bomba
A
A

TEMERLOH - Sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki musnah terbakar di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, menghala ke timur di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba Syed Mohsen T Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.08 pagi.

Beliau berkata, tujuh anggota BBP Temerloh bersama sebuah jentera pemadam api dan ambulans Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat.

"Terdapat sebuah kereta dengan peratusan terbakar kira-kira 80 peratus. Pasukan bomba memadamkan api dengan menggunakan dua aliran gelung hos tangki pam jentera bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kejadian bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan dan api berjaya dikawal pada jam 9.44 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.06 pagi.

"Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan api telah dipadamkan sepenuhnya. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!