Kenderaan terbenam dalam lubang

Dua buah kenderaan terbenam di sebatang jalan raya di Novosibirsk, Rusia pada Rabu. - Foto Kirrill Kukhmar/ TASS
Dua buah kenderaan terbenam di sebatang jalan raya di Novosibirsk, Rusia pada Rabu. - Foto Kirrill Kukhmar/ TASS
A
A
A

MOSCOW - Dua buah kenderaan terbenam dalam lubang yang terbentuk secara tiba-tiba di Rusia pada Rabu.

Kejadian itu berlaku di sebatang jalan raya di Novosibirsk, iaitu bandar raya ketiga terbesar di negara itu.

Namun, dalam kejadian tersebut, tidak ada mangsa yang mengalami kecederaan serius atau kematian.

Lubang itu terbentuk dengan tiba-tiba selepas paip air panas di bawah tanah pecah di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, kedua-dua kereta itu diparkir di luar sebuah bangunan perniagaan.

Sejumlah orang mengerumuni di tempat kejadian bagi menyaksikan dua buah kenderaan yang terbenam di dalam lubang.

Punca paip itu pecah tidak diketahui.

Paip itu membekalkan air kepada penduduk di rumah-rumah dan pejabat ketika musim sejuk.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu menyebabkan bekalan air panas ke 21 buah blok flat dan tiga buah hospital mengalami gangguan selama sehari. - Agensi