Duta Jerman diberi 48 jam tinggalkan Venezuela

Kriener (kanan) antara diplomat asing yang menyambut kepulangan Guaido ke Caracas, Isnin lalu.- Foto EPA
Kriener (kanan) antara diplomat asing yang menyambut kepulangan Guaido ke Caracas, Isnin lalu.- Foto EPA
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA. Kerajaan Venezuela pimpinan Presiden Nicolas Maduro dilapor mengusir duta Jerman ke negara berkenaan.

Kenyataan kerajaan berkata, Daniel Kriener diisytihar 'persona non grata' dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan Venezuela.

Kriener dituduh berulang kali mencampuri urusan dalaman negara Amerika Selatan itu.

Sementara itu, Kementerian Luar Venezuela berkata, negara tidak akan menerima diplomat asing yang bersekongkol dengan pihak pembangkang bagi menggulingkan kerajaan.

Dalam pada itu, Jerman yang menyokong pemimpin pembangkang, Juan Guaido menegaskan pengusiran terbabit hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Kriener merupakan antara diplomat asing yang menyambut kepulangan Guaido ke Caracas setelah beliau melanggar larangan perjalanan dan bertemu pemimpin negara jiran bagi melobi sokongan antarabangsa.

Antara diplomat asing lain yang turut menyambut kepulangan Guaido di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar Isnin lalu, termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Argentina, Brazil dan Kanada.

Dalam tempoh dua tahun, Venezuela telah mengusir duta kanan AS, Brazil serta Kanada. - BBC

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Guaido ambil risiko ditahan pihak berkuasa Venezuela

Ribuan penyokong sambut kepulangan Guaido