Hina nabi: Alvin Chow direman esok

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemilik akaun Twitter, Alvin Chow Mun Fai yang dipercayai memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW akan direman esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek berusia 43 tahun yang menggunakan nama @alvinchow3333 ditahan bagi membantu siasatan.

"Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan hendak mengapikan mana-mana golongan atau kaum lain.

"Selain itu, dia juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain," katanya dalam kenyataan.

Tegasnya, orang ramai diingatkan untuk tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi kenyataan berbentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Terdahulu, suspek ditahan polis kira-kira jam 5 petang tadi, di Plaza Pudu Shopping Center, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau bersabit kes Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: