AS buka sempadan negara awal November

AS akan benarkan kemasukan para pelancong ke negaranya selepas ditutup pada Mac 2020 ekoran pandemik Covid-19. - Foto AFP
AS akan benarkan kemasukan para pelancong ke negaranya selepas ditutup pada Mac 2020 ekoran pandemik Covid-19. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) akan membuka sempadan negaranya dengan Mexico dan Kanada pada awal November kepada para pengembara yang tidak penting.

Bagaimanapun, mereka perlu mendapat suntikan vaksin Covid-19 dengan sepenuhnya, kata seorang pegawai kanan Rumah Putih pada Rabu.

Pegawai itu memberitahu, ia akan memberikan tarikh pembukaan sempadan dalam tempoh terdekat sama ada melalui jalan darat atau penerbangan antarabangsa.

Dalam usaha untuk memperlahankan penularan Covid-19, sempadan AS ditutup pada Mac 2020 kepada para pengembara yang datang dari Kesatuan Eropah (EU), Britain dan China.

Para pengembara yang datang dari India dan Brazil kemudian tidak dibenarkan memasuki AS dan pelancong yang melalui jalan darat dari Mexico dan Kanada turut dilarang memasuki negara tersebut.

Sekatan hampir 19 bulan itu menyebabkan berlakunya kesan ekonomi dan peribadi ke atas AS.

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) AS memaklumkan pada minggu lalu semua vaksin yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Antarabangsa (FDA) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan diterima jika mana-mana pengembara mahu memasuki negara tersebut melalui udara. - Agensi

Artikel Berkaitan: