Maut dipercayai dirempuh kereta api ketika tidur

Tiga warga Algeria maut selepas dilanggar sebuah kereta api di Ciboure, Perancis pada Selasa. - Foto AP
Tiga warga Algeria maut selepas dilanggar sebuah kereta api di Ciboure, Perancis pada Selasa. - Foto AP
A
A
A

CIBOURE - Tiga imigran terbunuh dan seorang lagi cedera parah pada Selasa apabila mereka dilanggar sebuah kereta api di selatan Perancis, kata seorang pegawai.

Ketika kejadian empat orang itu dipercayai sedang tidur di atas landasan dekat sebuah stesen kereta api di bandar Saint-Jean-de-Luz yang terletak di tepi pantai.

Seorang pendakwa raya tempatan, Jerome Bourrier berkata, brek kereta api itu gagal untuk menghentikannya daripada melanggar mereka.

Beliau berkata, mereka yang meninggal dunia ialah warga Algeria yang berumur 21 hingga 40 tahun.

Bourrier memberitahu, mangsa yang cedera pula tidak kritikal dan akan menjalani satu pembedahan.

Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai telah menghabiskan masa di Sepanyol sebelum memasuki Perancis. - Agensi

Artikel Berkaitan: