Adam target kahwin September 2019

Penyanyi, Adam
Penyanyi, Adam
A
A
A

PENYANYI, Adam mengakui kehidupan solo memang sunyi, begitu pun masih belum mempunyai calon suri hatinya.

Sungguh pun begitu penyanyi berusia 35 tahun ini mensasarkan untuk menamatkan zaman solo pada hari ulang tahun kelahirannya, 19 September tahun ini.

"Tetapi begitulah masih belum ada pasangan. Insya-ALLAH doakanlah sebab saya target 19.09.2019 untuk kahwin lagi.

"Kalau ada lah di depan mata atau calon saya akan pinang teruslah kalau sudah berkenan," akui Adam tersenyum.

No Image Caption

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman ditemui pada perjumpaan sembang media bersempena Konsert Reunion AF2 yang bakal berlangsung pertengahan tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Adam akan mengeluarkan single terbaharu berjudul Menanti Mu ciptaan sepenuh olehnya.

Artikel Berkaitan: