Kerajaan disaran perkenal cukai keuntungan saham

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal (CGT) pasaran saham buat sementara waktu untuk memberi lebih pendapatan kepada negara.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cukai itu boleh membantu kerajaan ketika melalui fasa sukar semasa pandemik sekarang.

"CGT ini satu cadangan yang baik yang mungkin kita boleh buat untuk sementara waktu.

"Yang Berhormat (YB) Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini juga ada mencadangkan agar cukai-cukai sementara ketika (waktu) susah dikenakan," katanya di sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab celahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) sama ada beliau bersetuju untuk menyarankan kepada kepada kerajaan agar CGT diperkenalkan ketika sesi perbahasan rang undang-undang levi keuntungan luar biasa.

Ahmad berkata, CGT sememangnya memberi impak yang baik dan buruk kepada pasaran saham atau pasaran modal.

"Bagaimanapun, ketika susah ia memberi kebaikan iaitu memberi pendapatan yang lebih kepada kerajaan," katanya.

Ahmad Zahid terdahulu mencelah dengan meminta agar rang undang-undang keuntungan luar biasa bukan hanya dikenakan terhadap komoditi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kerajaan juga harus mengenakan cukai itu kepada pelabur atau syarikat yang memperoleh keuntungan luar biasa termasuk yang memperoleh keuntungan luar biasa pasaran saham.

"Ketika pasaran saham mencapai tahap 'bull run' (lonjakan luar biasa) kepada 1,200 mata maka kenaikan harga saham luar biasa. Tapi (setakat ini) tidak ada cukai dikenakan kepada keuntungan modal ini," katanya.