Usul batal Ordinan Darurat pada sidang akan datang

Wan Junaidi
Wan Junaidi
A
A
A

PUTRAJAYA - Pembentangan usul untuk membatalkan Ordinan Darurat dijadualkan semula pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan permintaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan pembentang usul tersebut.

"Ia bagi membolehkan bagi memberi banyak masa untuk dibahaskan oleh ahli Parlimen sebelum diluluskan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Di Dewan Rakyat, Wan Junaidi memohon penangguhan usul tersebut kerana hanya mempunyai satu jam untuk membahaskannya.

"Saya minta Speaker menangguhkan usul ini agar mempunyai lebih masa untuk berbahas," katanya.

Artikel Berkaitan: