Lelaki tertidur atas bumbung diselamatkan

Lelaki yang terperangkap di atas bumbung rumah diselamatkan anggota bomba dari BBP Maran pada Isnin. - Foto Ihsan Bomba
Lelaki yang terperangkap di atas bumbung rumah diselamatkan anggota bomba dari BBP Maran pada Isnin. - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

MARAN - Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap di atas bumbung rumah di perumahan murah Kampung Berkat di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran, Penolong Penguasa Bomba, Samsul Effendi Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.16 malam mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, seramai lapan anggota dari BBP Maran bersama sebuah jentera terbabit dalam operasi tersebut.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati seorang lelaki berusia 30an berada di atas bumbung rumah.

"Pasukan bomba menggunakan tangga dan pengusung bagi menurunkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Lelaki tersebut dipercayai tertidur di atas bumbung dan kejadian disedari orang awam yang bertindak menghubungi pihak polis.

Artikel Berkaitan: