Sila log masuk terlebih dahulu.

Mahasiswa jalani latihan industri diperlakukan seperti hamba

Khairil Nizam ketika bertemu Awang Hashim.
Khairil Nizam ketika bertemu Awang Hashim.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Pemuda Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin mendedahkan masih terdapat mahasiswa yang menjalani latihan industri diperlakukan sebagai hamba kerana ada syarikat yang memberikan elaun minimum walaupun dikerah seperti pekerja am.

Menurut beliau, lebih teruk lagi apabila terdapat mahasiswa yang masih tidak mendapat elaun sepanjang menjalani latihan industri walaupun kerajaan menyokong pemberian elaun tersebut.

“Di sinilah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu bersuara bagi membantu para mahasiswa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Tambah beliau, selain isu elaun latihan industri, graduan juga mengadu gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan tidak menepati piawaian kehidupan masa kini terutamanya di bandar besar.

Selain itu, menurutnya, pelaksanaan program ‘Malaysianisasi’ oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) diyakini membawa kebaikan kepada graduan yang masih menganggur dan mampu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah.

Khairil Nizam berkata, Malaysianiasi turut menggalakkan pengambilan pekerja tempatan oleh majikan sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja warga asing.

“Saya berkesempatan bertemu dengan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim bagi menyatakan hasrat daripada kalangan anak muda berhubung soal kebajikan mereka yang bekerja sendiri dan juga pencari pekerjaan yang dirasakan tidak terjaga sepanjang pandemik ini melanda.

“Perkara yang saya bangkitkan ketika pertemuan kami adalah selari dengan apa yang saya suarakan di Dewan Negara berkenaan isu mahasiswa yang perlu menjalani latihan industri tanpa elaun atau elaun yang tidak mencukupi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: