Kuil di Kek Lok Si terbakar

Hampir 70 peratus ruang kuil musnah dalam kebakaran pada jam 2.57 pagi Selasa.
Hampir 70 peratus ruang kuil musnah dalam kebakaran pada jam 2.57 pagi Selasa.
A
A
A

GEORGETOWN - Salah sebuah kuil di Kuil Kek Lok Si yang berusia 130 tahun di Air Itam di sini musnah dalam kebakaran awal pagi Selasa.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Muhamad Norhisyam Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.56 pagi.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati bahawa salah sebuah kuil di puncak bukit Jalan Balik Pulau- Kampung Pisang, Air Itam itu telah terbakar.

"Kebakaran melibatkan sebuah tokong di atas bukit dan dianggarkan 70 peratus daripada struktur bangunan kuil itu musnah. Kerja pengawalan dan pemadaman api masih dilakukan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Bagaimanapun kata beliau, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.

Tambah beliau, BBP Jalan Perak dan Pasukan Bomba Sukarela turut membantu operasi pemadaman

Kuil Kek Lok Si merupakan salah sebuah kuil Buddha terbesar di Malaysia dan menjadi produk pelancongan ikonik di negeri ini.

Seluruh kompleks kuil itu dibina bermula pada 1890 hingga 1930.

Artikel Berkaitan: