Rampasan kokain lebih RM500 juta di UAE

Dadah dan peralatan yang digunakan oleh seorang penyeludup dadah dipamerkan oleh polis Emiryah Arab Bersatu baru-baru ini. - Foto AFP
Dadah dan peralatan yang digunakan oleh seorang penyeludup dadah dipamerkan oleh polis Emiryah Arab Bersatu baru-baru ini. - Foto AFP
A
A
A

DUBAI - Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) merampas setengah tan kokain dianggarkan bernilai AS$135 juta (RM562.68 juta), kata polis Dubai pada Ahad yang merupakan antara rampasan terbesar di negara itu.

Pihak berkuasa itu dalam satu kenyataan memaklumkan, polis berjaya menghalang penyeludupan kira-kira 500 kilogram (kg) kokain ke negara itu yang disembunyikan dalam sebuah kontena di sebuah pelabuhan UAE baru-baru ini

Serbuan itu dilakukan selepas pihak berkuasa negara mendapat maklumat bahawa satu geng antarabangsa mahu menyeludup dadah di sebuah pelabuhan negara tersebut.

Dalam satu operasi yang dikenali sebagai 'Scorpion', seorang suspek lelaki berketurunan Asia Barat ditahan dan polis mengesyaki suspek sebagai orang tengah untuk sindiket dadah antarabangsa.

Penyeludup dadah yang didapati bersalah dihukum mati di negara itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: