"Saya beragama Islam dan tahu nilai moral"

Foto: Instagram As'ad Motawh
Foto: Instagram As'ad Motawh
A
A
A

PENYANYI As'ad Motawh menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia mengupah seorang ahli keluarga wanita untuk memeluknya ketika mengadakan sebuah persembahan, baru-baru ini.

Menurut As'ad, sebagai seorang yang beragama Islam, dia tahu batas dan nilai moral.

"Perkara itu berlaku di luar jangkaan ketika saya sedang menyanyikan lagu balada.

"Saya perasan kewujudan peminat wanita tersebut kerana dia agak 'hyperactive' serta terlompat-lompat di belakang.

"Tiba-tiba, dia datang berlari terus memeluk saya. Ini bukan gimik dan plan.

"Sekiranya saya dan pihak pengurusan ingin membuat sedemikian, kami tidak akan panggil wanita yang bertudung kerana perkara itu tidak baik.

"Saya beragama Islam dan tahu nilai moral sebagai seorang Muslim serta saya sedar perkara terbabit tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada Gempak.

Biarpun bukan kesilapannya, namun dia tetap rasa bersalah dan memberikan tiket 'meet & greet' kepada wanita berkenaan.

Artikel Berkaitan:

*Sumber: ASTRO GEMPAK

No Image Caption

ARTIKEL BERKAITAN: As'ad Motawh dipeluk peminat, netizen dakwa gimik