Medan Selera Ampangan kini dikenali Benteng Ampangan

Kakitangan MBS sedang melakukan pertukaran nama Medan Selera kepad Benteng Ampangan.
Kakitangan MBS sedang melakukan pertukaran nama Medan Selera kepad Benteng Ampangan.
A
A
A

SEREMBAN - Medan Selera Ampangan, kini dikenali sebagai Benteng Ampangan, dalam usaha mengembalikan kemeriahan pusat perniagaan di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Dr Mohammad Rafie Ab Malek berkata, pertukaran nama itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan beberapa bulan lalu.

"Pada semalam (Sabtu), Majlis Bandaraya Seremban merubah papan tanda di bangunan ini kepada "Benteng Ampangan".

"Kawasan di sini dulu meriah, ramai yang berkunjung di medan selera Ampangan ini, walaupun hanya berbumbungkan atap zink.

"Namun sejak bangunan baru dibina dan mula beroperasi pada tahun 2013, jumlah kehadiran pengunjung terus merudum, menjadikan tempat ini tidak semeriah dulu,"katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, pertukaran nama tempat ini sebagai langkah awal untuk membaik pulih dan mengubahsuai bangunan tersebut kepada suasana Benteng Ampangan yang dahulu.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan termasuk merubah kerusi meja, bagi memastikan Benteng Ampangan ini menjadi lebih kondusif sebagai tempat tarikan kunjungan orang ramai.

"Apabila Dataran Ampangan disiapkan nanti, ia akan menjadi tarikan baru di hadapan Benteng Ampangan, selain kemudahan parkir khas untuk bas.

Artikel Berkaitan:

"Masalah parkir di kawasan Benteng Ampangan ini akan diselesaikan apabila parkir bertingkat siap dijangka dua tahun lagi," katanya.