Semakan semula Pulau Batu Puteh kembalikan maruah negara

Langkah kerajaan mewujudkan pasukan khas bagi yang akan membuat semakan undang- undang ke atas Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca disifatkan tepat demi maruah dan kedaulatan negara. (Gambar kecil: Kamdi Kamil, Amad Bahri Mardi)
Langkah kerajaan mewujudkan pasukan khas bagi yang akan membuat semakan undang- undang ke atas Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca disifatkan tepat demi maruah dan kedaulatan negara. (Gambar kecil: Kamdi Kamil, Amad Bahri Mardi)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Langkah kerajaan mewujudkan pasukan khas bagi yang akan membuat semakan undang- undang ke atas Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca disifatkan tepat demi maruah dan kedaulatan negara.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor, Kamdi Kamil berkata, walaupun pulau berkenaan hanya sebesar padang bola dan terdapat rumah api namun peranannya cukup penting dalam aktiviti perdagangan kapal sejak zaman penjajah British.

Katanya, menerusi Undang- Undang Tubuh Kerajaan Johor jelas dinyatakan mana- mana bahagian di negeri ini tidak boleh diserahkan kepada orang asing dan perkara itu seharusnya digunakan ke atas Pulau Batu Puteh.

"Menerusi fasal 15 dan fasal 16 Undang- Undang Tubuh Kerajaan Johor, ada menyatakan larangan kepada raja, menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri untuk menyerah mana- mana bahagian kepada kerajaan lain.

"Kedudukan Pulau Batu Puteh amat strategik di timur Johor iaitu laluan utama antara timur dan barat melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan manakala di barat Johor pula, ada Pulau Pisang," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Setiausaha Persatuan Sejarah Kota Tinggi, Amad Bahri Mardi berkata, tindakan semakan semula undang- undang ke atas Pulau Batu Puteh itu sangat wajar dan sepatutnya sudah lama dilakukan kerajaan.

"Semakan kali ini sekiranya melibatkan pertembungan mahkamah antarabangsa, Malaysia perlu berhadapan dengan bukti yang kukuh supaya tidak dimalukan dengan kekalahan hanya kerana disebabkan teknikal dan bukti dikemukakan oleh Singapura.

"Kerajaan Malaysia juga boleh mendapatkan pandangan daripada pihak Istana Johor. Saya percaya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar boleh memberikan idea dan kaedah berkesan yang menguntungkan kedua-dua negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Amad Bahri, semangat persahabatan antara Malaysia dan Singapura mesti diutamakan untuk penyelesaian jangka panjang dengan istilah menang-menang terhadap Pulau Batu Putehm

"Isu keselamatan antarabangsa perlu diutamakan berbanding ego antara dua negara yang berjiran. Isu Pulau Batu Puteh ini perlu diselesaikan dengan baik kerana dibimbang akan menjadikan hubungan dua negara dingin," katanya.

Pada tahun 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan untuk menyerahkan kedaulatan ke atas Batu Puteh, atau Pedra Branca kepada Singapura.

Bagaimanapun, Batuan Tengah atau Middle Rocks, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Batu Puteh menjadi milik Malaysia.

Pada Sabtu media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, membuat keputusan terhadap tiga kes penting termasuk semakan semula undang-undang berkenaan Pulau Batu Puteh selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pada Jumaat.

Jemaah Menteri juga bersetuju pasukan petugas khas diwujudkan bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen sesuai dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.

Usaha ini bertujuan menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. Pasukan petugas khas ini akan dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Pada masa sama, Jemaah Menteri juga telah membuat keputusan mendapatkan pandangan undang-undang awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah 'Tort of Misfeasance' ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan ekoran tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsir.