Pengundian awal pilihan raya Iraq berjalan lancar

Orang tersingkir daripada minoriti Yazidi bersiap untuk memilih di kem Sharya di Duhok. Foto Reuters
Orang tersingkir daripada minoriti Yazidi bersiap untuk memilih di kem Sharya di Duhok. Foto Reuters
A
A
A

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq pada Jumaat mengumumkan kira-kira 69 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pengundian awal pilihan raya umum.

Pengerusi Lembaga Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (IHEC), Hakim Jalil Adnan Khalaf dalam satu sidang akhbar berkata, peratusan keluar mengundi pada pengundian awal itu "menunjukkan permulaan pilihan raya Parlimen yang berjaya."

Khalaf berkata, tiada sebarang masalah penipuan dilaporkan berlaku dan kertas undi itu akan dikira bersama dengan kertas undi pada hari pengundian 10 Oktober nanti, keputusan dijangka diumumkan 24 jam selepas pusat pengundian ditutup, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pengundian awal membabitkan anggota pasukan keselamatan, banduan dan orang tersingkir (displaced person) bermula pada jam 7 pagi waktu tempatan (0400 GMT) dan berakhir jam 6 petang Jumaat.

Pilihan raya Iraq, yang awalnya dijadual pada 2022, diadakan lebih awal susulan protes selama berbulan-bulan membantah rasuah dan tadbir urus perkhidmatan awam yang lemah.

Menurut suruhanjaya pilihan raya, kira-kira 24 juta rakyat Iraq layak mengundi untuk memilih calon pilihan mereka. Seramai 3,249 calon bertanding di bawah tiket bebas dan 167 lagi calon dari parti dan gabungan yang akan bertanding merebut 329 kerusi Parlimen. - Bernama

Artikel Berkaitan: