Kumpulan sukarelawan bantu penduduk terjejas

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menggerakkan kumpulan sukarelawan membantu penduduk terlibat gangguan bekalan air susulan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) minggu hadapan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sukarelewan itu akan ditempatkan di lokasi-lokasi pili awam dan kawasan perumahan sepanjang kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal di LRA itu yang dijadualkan bermula 13 Oktober hingga 16 Oktober.

“Sebanyak 105 lori tangki dan 18 pili awam akan disediakan di lokasi strategik,” katanya dalam laman Facebook beliau pada Jumaat.

Orang awam juga boleh mendapatkan maklumat terkini di hentitugas.airselangor.com.

Artikel Berkaitan: