PH Melaka tunggu panggilan Istana Melaka

Adly
Adly
A
A
A

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) berharap pihaknya diberi kesempatan menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Melaka dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, sehingga kini mereka belum menerima sebarang panggilan untuk mengadakan pertemuan di istana kerana Tun Mohd Ali sedang kuarantin kendiri.

Menurutnya, perbincangan itu penting dalam mencari solusi terbaik menyelesaikan politik negeri ini.

"Setakat ini belum ada panggilan berjumpa di istana dan jika ada ruang kita harap akan dapat digunakan untuk menstabilkan politik negeri ini," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Jumaat.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian sejak jam 9 pagi tidak menunjukkan sebarang pergerakan keluar dan masuk kenderaan wakil politik termasuk kenderaan yang membawa Mohd Ali.

Mengulas lanjut, Adly yang juga bekas ADUN Bukit Katil berkata, sekarang ini pihaknya sedang mengumpul dan menyiapkan proses dokumentasi berkaitan keabsahan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka untuk dibawa ke mahkamah minggu hadapan.

Sementara itu, Setiausaha Khas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad yang dihubungi mengulas ringkas, tiada sebarang perbincangan serta kunjung hormat untuk menghadap Tun Mohd Ali di istana.

Artikel Berkaitan: