Kilang 'spray' musnah terbakar

Sebuah kilang membuat spray musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Sungai Resah, Kawasan Perindustrian Sungai Rasah pada pagi Jumaat.
Sebuah kilang membuat spray musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Sungai Resah, Kawasan Perindustrian Sungai Rasah pada pagi Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kilang membuat spray musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Sungai Resah, Kawasan Perindustrian Sungai Rasah pada pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 6.02 pagi.

"Seramai 34 pegawai dan aggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dan Balai Bomba dan Penyelamat Subang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 6.10 pagi.

Anggota bomba sedang menjalankan usaha memadamkan kebakaran di sebuah kilang
Anggota bomba sedang menjalankan usaha memadamkan kebakaran di sebuah kilang

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang spray yang merupakan bangunan kelas B berkeluasan 200x50 kaki persegi dan dianggarkan 50 peratus terbakar," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan berjaya dikawal kira-kira jam 6.37 pagi.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: