X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 29 Oktober 2021

Tak sempat seludup lembu

Lori yang membawa muatan 11 ekor lembu dalam serbuan berkenaan.
A
A

TUMPAT - Sebanyak 11 ekor lembu bernilai RM138,600 tidak sempat diseludup apabila kegiatan itu dikesan pasukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) dalam satu serbuan di tepi Jalan Terbok, Kelaboran Belukar, awal pagi Rabu.

Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam kejadian jam 1.26 pagi itu, anggota PGA9 membuat rondaan di kawasan berkenaan dan menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan awal mendapati 11 ekor lembu di bahagian belakang lori tersebut. Dua lelaki masing-masing berusia 47 tahun dari Kampung Simpangan ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau permit pemindahan haiwan ternakan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 dan nilai rampasan keseluruhan adalah berjumlah RM218,600," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan pada Khamis, PGA9 merampas 1,980 tin tembakau pelbagai jenama dan pelbagai barangan runcit dalam serbuan di Jalan Kampung Jejulok, Pengkalan Kubor, di sini.

Menurut Azhari, serbuan tersebut dilakukan pihaknya pada jam 6.30 pagi semasa membuat rondaan di Jalan Kampung Jejulok dan menemui lori berkenaan dalam keadaan mencurigakan di tepi sebuah rumah.

"Kami mendapati tiada individu dalam kenderaan berkenaan namun kunci ditinggalkan. Kami memeriksa lori dan menemui pelbagai jenis tembakau serta barangan runcit.

"Kesemua barang kes tersebut disyaki di seludup dari Thailand. Nilai rampasan Keseluruhan adalah RM137,070 dan kesalahan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Makanan 1983," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!