'Recall election' lebih berkesan berbanding akta lompat parti

Thomas Fann pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Laksana Pilihan Raya Pecat, Pertahan Hak Rakyat’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Thomas Fann pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Laksana Pilihan Raya Pecat, Pertahan Hak Rakyat’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau ‘recall election’ dilihat lebih berkesan berbanding akta lompat parti dalam menyelesaikan masalah lompat parti yang dihadapi ketika ini.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Thomas Fann berkata, 'recall election’ memberi peluang kepada rakyat itu sendiri untuk menilai individu tersebut sama ada masih layak untuk menjadi wakil mereka atau tidak.

“Kalau kita lihat akta lompat parti, apabila seseorang itu melompat parti automatik kerusi yang diduduki akan kosong walau apa alasan yang diberikan.

“Jadi saya rasa ia akan memakan diri seseorang itu walaupun sebenarnya niat individu itu baik.

“Dengan adanya 'recall election', pengundi akan tentukan keputusan yang dilakukan ahli Parlimen terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Laksana Pilihan Raya Pecat, Pertahan Hak Rakyat’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Program yang dikendalikan oleh Norhayati Nordin itu turut menampilkan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai panelis jemputan.

Dalam pada itu Thomas berkata, isu lompat parti merupakan masalah yang besar dan akan berterusan sekiranya tiada akta yang menghalang individu daripada berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, masalah tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada kestabilan politik tanah air, malah akan mengganggu sistem demokrasi di Malaysia.

“Sekiranya perkara ini tidak diselesaikan pengundi akan tanya sebab mereka mengundi kalau mandat rakyat boleh diketepikan.

“Jadi mereka akan cenderung untuk tidak keluar mengundi ketika pilihan raya,” katanya.