Apabila anak hamil luar nikah ketika berada di luar negara...

No Image Caption
A
A
A

BARU-BARU ini, pendakwah, Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid menitipkan pesanan buat perempuan yang sedang mengandungkan anak tidak sah taraf sebelum mereka mengambil sebarang tindakan.

Dalam ciapan di Twitter miliknya, beliau berpesan: "Anak-anak, percayalah..Marah macam mana pun ayah ibu, mereka tetap akan maafkan kita. Terima kita segalanya. Walau besar mana pun kesalahan kita. Ibu takkan biarkan anak yang lahir dari rahimnya kesusahan seorang diri."

Beliau berkata demikian bagi mengulas panggilan telefon yang diterima daripada seorang ibu yang bergalau tatkala anak perempuannya sendiri yang berada di luar negara hamil anak luar nikah.

Menurutnya, walaupun kita lakukan satu dosa besar, jangan ditambah lagi dengan dosa yang lain.

No Image Caption

"Pandanglah ke langit ke laut, betapa luasnya alam ciptaan ALLAH. Namun, pengampunan ALLAH lebih luas lagi asalkan bertaubat.

"Cuma jangan ambil kesempatan dengan kebaikan ALLAH dan ayah ibu," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Jika dalam situasi ini, sebagai anak, apa yang patut kita lakukan? Jawab Bakhtiar Fitri: "Bertaubat sungguh-sungguh. Ubah diri dan sikap. Jadi yang lebih baik. Taubat sungguh pada ALLAH. Menangis dan pohonlah ampun. Cuba jangan ulang kesilapan. Dapatkan bantuan orang terbaik yang boleh membantu kita selesaikan masalah. Bukan dengan orang yang salah."

Tambah beliau: "Jika takut hendak berterus terang dengan ibu ayah, mintalah bantuan orang yang ayah ibu hormati untuk bantu kita. Minta maaf dengan ibu ayah bersungguh-sungguh. Doa banyak-banyak agar ALLAH lembutkan hati ibu ayah. Bergaullah dengan kawan-kawan yang beriman yang boleh bimbing kita taat kepada ALLAH."

Bertaubatlah bersungguh-sungguh dan berdoalah kepada ALLAH. -GAMBAR HIASAN.
Bertaubatlah bersungguh-sungguh dan berdoalah kepada ALLAH. -GAMBAR HIASAN.

Kepada kawan-kawan, Bakhtiar Fitri berpesan, sokonglah individu itu untuk menjadi lebih baik kerana golongan ini memerlukan kawan baik yang membantu masalah dengan cara betul, bukan mengikut hawa nafsu.

"Jangan kecam, jangan seksa lagi emosi dan mental dia. Bagi ruang untuk dia bercerita dan memohon maaf.

"Yang sangat menakutkan, disebabkan kecaman, kutukan yang terlalu dahsyat, akhirnya dia mengambil keputusan gugurkan anak yang tidak berdosa. Dan ingat betul-betul, jika itu yang dia lakukan, kita adalah salah seorang penyumbang saham dosa yang dia lakukan. Jadilah orang yang soleh dan muslih," pesannya.