Bot karam: Dua beranak nyaris lemas

Mangsa diselamatkan dan dibawa naik ke darat sebelum dihantar ke Hospital Labuan.
Mangsa diselamatkan dan dibawa naik ke darat sebelum dihantar ke Hospital Labuan.
A
A
A

LABUAN - Dua beranak nyaris lemas selepas bot yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di pantai Kampung Batu Manikar, di sini, pada malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa, Asbi Kabirin, 62, dan anaknya, Mahadi, 34, diselamatkan oleh penduduk penduduk yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.43 malam.

Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan dikejar ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, dimaklumkan terdapat kejadian bot karam melibatkan dua mangsa yang dikatakan melakukan aktiviti memancing di kawasan berkenaan.

"Operasi mencari dan menyelamat segera dilakukan dengan bantuan lima anggota skuba dari BBP Kampung Jawa dan kedua-dua mangsa akhirnya berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung serta dibawa naik ke darat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Labuan untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.41 malam," katanya.

Artikel Berkaitan: