Rasuah: Pegawai universiti awam direman 7 hari

Pegawai Tadbir sebuah universiti awam direman tujuh hari selepas dipercayai terbabit menerima suapan RM10,500 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Pegawai Tadbir sebuah universiti awam direman tujuh hari selepas dipercayai terbabit menerima suapan RM10,500 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pegawai Tadbir sebuah universiti awam di negeri ini ditahan petang semalam kerana dipercayai terlibat meminta rasuah sebagai balasan memilih syarikat berkenaan bagi kerja pembekalan di universiti tersebut direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Selasa depan ke atas suspek yang berusia 40 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 9.35 pagi dengan memakai baju T merah dan bertopi serta tangan bergari.

Semalam, lelaki itu ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu di sini, jam 5.10 petang.

Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan Pegawai Tadbir di universiti itu ada meminta wang rasuah daripada dua kontraktor sebagai balasan memilih syarikat tersebut bagi kerja-kerja pembekalan di universiti berkenaan.

Nilai rasuah yang terlibat berjumlah hampir RM10,500 dan kesalahan itu dilakukan pada sekitar 2017 hingga 2018.

Suspek didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Artikel Berkaitan: