X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Tiada laporan polis berkaitan wanita terjatuh dari kereta

Video tular di media sosial memaparkan seorang wanita terjatuh dari sebuah kenderaan di Seksyen 7, Shah Alam pada Ahad.
A
A

SHAH ALAM - Tiada laporan polis dibuat melibatkan video tular seorang wanita yang terjatuh dari sebuah kereta di Jalan Unisel, Seksyen 7 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, menerusi video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.40 petang.

"Siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Perodua Myvi berkenaan telah memperlahankan kenderaan dan memasang lampu kecemasan.

"Kemudian seorang wanita cuba keluar dengan membuka pintu kereta tersebut menyebabkan dia terjatuh dalam keadaan kereta tersebut masih bergerak," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, semakan mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana individu berhubung kejadian tersebut.

"Sehubungan itu, wanita serta pemandu kereta berkenaan diminta membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

"Saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkan maklumat kepada polis untuk membantu siasatan," katanya.

Tambah beliau, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta yang tepat berhubung video tular berkenaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!