IORT alternatif rawat kanser payudara

PCMC beri komitmen sediakan perkhidmatan terbaik buang kanser peringkat awal

Semasa gimik pelancaran disempurnakan oleh Dr Siti Hasmah.
Semasa gimik pelancaran disempurnakan oleh Dr Siti Hasmah.
A
A
A

BARANGKALI bagi seorang wanita yang didiagnos menghidap kanser payudara pada peringkat awal, mereka berasakan lebih baik memulakan rawatan dengan usaha sendiri atau secara tradisional.

Namun, sebenarnya lebih banyak masa terpaksa diperuntukkan untuk usaha berkenaan.

Sedangkan ada kaedah lebih mudah dan cepat untuk menyembuhkan penyakit ini dan boleh dirawat di peringkat awal.

Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) baru-baru ini memperkenalkan Radioterapi Intrabedah (Intraoperative Radiotherapy, IORT) khas untuk pesakit kanser payudara.

IORT merupakan rawatan sasaran berbilang disiplin bagi tumor kanser yang sesuai untuk kanser payudara tahap 1 dan 2.

Pakar Bedah Payudara dan Endokrin PCMC, Dr Harjit Kaur Pardamen berkata, IORT tersasar ialah rawatan sinaran untuk individu yang memberikan pancaran X tenaga rendah secara terus kepada bidang tumor pada masa pembedahan (sebaik sahaja selepas pembedahan lumpektomi atau mastektomi separa).

“Semasa prosedur ini, mesin Intrabeam Zeiss memberikan dos sinaran menerusi alat berbentuk sfera yang diletakkan pada kaviti untuk memastikan sentuhan langsung pada tisu yang disasarkan.

“Sinaran disampaikan secara tepat ke kawasan paling berisiko untuk pembentukan semula tumor dan mengurangkan sinaran pada tisu yang sihat,” katanya semasa Majlis Pelancaran IORT di PCMC di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Acara disempurnakan isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PCMC, Chong Yee Mun.

KelebihanMengulas kelebihan rawatan IORT, Dr Harjit berkata, ia menawarkan tempoh dan pendedahan terapi sinaran yang lebih pendek berbanding terapi sinaran pancaran luaran bagi mengurangkan kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan terapi radio konvensional untuk rawatan kanser payu dara.

Rawatan ini menyediakan beberapa manfaat kepada pesakit yang didiagnosis kanser payudara tahap 1 dan 2. IORT juga ialah pembedahan payudara yang kurang invasif.

IORT juga kata beliau, menawarkan faktor risiko individu yang lebih baik kepada pesakit dan memberikan rawatan yang lebih selesa untuk mereka.

“Rawatan sinaran satu kali mengambil masa 20-45 minit bergantung pada saiz kaviti. Kebanyakan pesakit tidak memerlukan sinaran tambahan selepas IORT. Rawatan sinaran di bilik bedah juga bermakna tiada kelewatan dalam menerima sinaran.

“Selain itu, masa menerima rawatan bagi pesakit di hospital dapat dikurangkan dengan ketara. Ini membolehkan pesakit kembali menjalani rutin kehidupan biasa seterusnya meningkatkan mutu kehidupan secara keseluruhan,” katanya.