5 lelaki Rohingya ditahan kes bunuh Mohib

Gambar fail menunjukkan ketua komuniti etnik Rohingya, Mohib Ullah yang dibunuh
pada minggu lalu - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan ketua komuniti etnik Rohingya, Mohib Ullah yang dibunuh pada minggu lalu - Foto AFP
A
A
A

DHAKA - Lima lelaki Rohingya ditahan berhubung pembunuhan seorang pemimpin komuniti etnik itu di sebuah kem pelarian di Bangladesh, kata polis pada Ahad.

Menurut polis, pihaknya sedang menyiasat kaitan kejadian itu dengan sebuah kumpulan militan di Myanmar.

Pada minggu lalu, ketua komuniti etnik itu, Mohib Ullah dibunuh oleh sekumpulan lelaki bersenjata di salah sebuah kem pelarian tersebut di Bangladesh.

Keluarganya menyalahkan anggota-anggota militan Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) terlibat dalam kejadian pembunuhan Moghib.

Popularitinya yang semakin meningkat di kem tersebut menyebabkan kumpulan militan itu marah dengan ketua komuniti etnik berkenaan.

Seorang pegawai polis, Naimul Haque mengesahkan kepada AFP bahawa lima orang telah ditangkap kerana dipercayai membunuh Mohib.

Dua daripada lima lelaki tersebut ditahan untuk disoal siasat selama tiga hari manakala tiga yang lain masih belum dihadapkan di sebuah mahkamah.

Sebelum ini seorang lelaki Rohingya turut ditangkap berhubung kejadian itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: