X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

32,000 buruh asing mula masuk ke Malaysia

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin (kanan) melihat makanan kucing yang dihasilkan daripada pokok kenaf. -Foto Sinar Harian
A
A

KOTA BHARU - Seramai 32,000 buruh ladang warga asing lengkap dua dos vaksin Covid-19 antaranya dari Indonesia dan Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia bagi menampung keperluan tenaga kerja di ladang-ladang sawit di seluruh negara ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, buruh asing berkenaan dibenarkan untuk dibawa masuk ke negara ini bagi menjalankan kerja-kerja menuai buah kelapa sawit.

Katanya, ia memandangkan KPPK mempunyai sasaran realistik untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dalam tempoh 100 hari seperti ditetapkan Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“KPPK tetapkan sasaran pencapaian pengeksportan komoditi berjumlah RM180 billion dan sekarang ini sudah capai lebih RM160 billion.

“Nilai eksport perlu ditingkatkan dan pekerja ladang dari luar negara boleh diambil bekerja sebagai penuai ladang sawit kerana rakyat Malaysia sendiri masih belum bersedia menjalankan pekerjaan itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kubang Kerian, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Pengarah LKTN, Idris Mohd Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Kayu Kayan Malaysia, Mahpar Atan.

Kata Zuraida, prosedur operasi standard (SOP) sudah diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sedang dalam proses kemasan untuk menguruskan serta membawa masuk tenaga kerja asing berkenaan.

“SOP sudah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu dan pada peringkat pertama 32,000 buruh warga asing diluluskan untuk diimport ke Malaysia.

“Kalangan pemain industri terbesar juga sudah bersedia mematuhi SOP ditetapkan dengan membawa buruh warga asing yang sudah lengkap dua dos vaksinasi Covid-19,” katanya.

Zuraida menegaskan, kesemua buruh asing yang tiba di negara ini akan menjalani pemeriksaan ketat dan swab serta dikuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan bekerja di ladang-ladang.

Tambah beliau, kemasukan buruh asing akan dilakukan secara berperingkat dan pemain industri yang berkemampuan boleh menyusun atau mempersiapkan buruh-buruh yang dikehendaki itu untuk datang sendiri bagi memudah serta mempercepatkan proses.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!