Lelaki selamat, adik dikhuatiri lemas di Labuan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

LABUAN - Seorang lelaki selamat manakala adik tirinya dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Sungai Pagar, di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa Al Faiez Rizal Adnan, 23, ditemui selamat manakala Al Saeif Manahan, 17, masih hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, terdapat dua lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di laut dan operasi mencari mangsa dilakukan dengan menggunakan bot bomba.

"Seorang mangsa kemudian berjaya ditemui selamat namun keadaannya masih lemah manakala seorang lagi masih hilang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, operasi mencari diteruskan dan turut mendapat bantuan Unit Skuba BBP Kampung Jawa.

Artikel Berkaitan: