Saya banyak menimba ilmu dengan arwah Zolkeples: KJ

No Image Caption
A
A
A

BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan beliau banyak belajar daripada bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

"Allahyarham Datuk Seri Zolkeples Embong merupakan nama yang tidak asing dalam arena sukan negara. Terlalu banyak jasa yang telah ditaburkannya dalam pembangunan sukan tanah air dan serantau.

"Saya berpeluang menimba ilmu dan bekerja bersama bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara ini, antaranya sewaktu Allahyarham bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017 yang turut menyaksikan Malaysia muncul sebagai juara temasya tersebut.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah kepada ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," ujar Khairy Jamaluddin yang kini Menteri Kesihatan di laman Facebooknya.

Allahyarham Zolkples sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah MSN dari April 2007 hingga Disember 2014.

Artikel Berkaitan: