Chelsea kembali terajui EPL

Werner (dua, kiri) meraikan jaringan kedua Chelsea ketika melayan kunjungan Southampton di London. FOTO: AFP
Werner (dua, kiri) meraikan jaringan kedua Chelsea ketika melayan kunjungan Southampton di London. FOTO: AFP
A
A
A

CHELSEA memanfaatkan sepenuhnya kekurangan seorang pemain Southampton apabila bangkit menewaskan pelawat 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge malam ini.

Skuad kendalian Thomas Tuchel yang tampil dengan misi tiga mata setelah dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Manchester City di laman sama minggu lalu terlebih dulu mendahului anak buah Ralph Hasenhüttl menerusi tandukan Trevoh Chalobah pada minit kesembilan untuk kedudukan 1-0 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua The Saints tampil memperkemaskan permainan berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan sepakan penalti James Ward-Prowse pada minit ke-61.

Namun kegembiraan tidak kekal lama apabila Ward-Prowse kapten The Saints diarahkan meninggalkan padang pada minit ke-77 selepas melakukan terjahan keras terhadap Jorginho.

The Blues memanfaatkan sepenuhnya kekurangan pelawat apabila menjaringkan dua gol menerusi Timo Werner pada minit ke-84' sebelum Ben Chilwell memastikan Chelsea terus selesa dengan sentuhan penyudah pada minit ke-89.

Tiga mata di laman sendiri itu menyaksikan Chelsea kembali menerajui takhta liga dengan 16 mata setelah mengharungi tujuh perlawanan, satu mata mengatasi pesaing terdekat Liverpool yang kurang satu perlawanan.

Artikel Berkaitan: