PGA rampas baju terpakai bernilai lebih RM52,000

Batalion 7 PGA Kuantan merampas 697 helai baju terpakai (bundel) bernilai RM52,275 dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Sabtu.
Batalion 7 PGA Kuantan merampas 697 helai baju terpakai (bundel) bernilai RM52,275 dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas 697 helai baju terpakai (bundle) bernilai RM52,275 dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor di sini pada Sabtu.

Serbuan jam 9 pagi itu turut merampas dua helai kain selimut bundel dan sebuah kereta jenis Proton Wira yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa intipan dilakukan sepasukan anggota bertugas mendapati seorang lelaki sedang memunggah kotak-kotak ke dalam sebuah kereta.

"Menyedari kehadiran anggota PGA, lelaki tersebut telah bertindak memecut laju kereta tersebut bagi mengelakkan daripada dicekup," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Bagaimanapun anggota PGA berjaya menahan kereta tersebut di hadapan pagar pengkalan haram.

Menurut beliau, suspek tersebut bagaimanapun berjaya meloloskan diri ke dalam kawasan semak yang berdekatan.

Azhari berkata, kesemua barangan yang dirampas dibawa ke Markas Taktikal Kuala Jambu.

"Kes disiasat bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan:

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM60,375," katanya.