X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Kes bunuh: Wanita warga asing maut akibat dikelar

Gambar hiasan
A
A

KAJANG - Polis menemui punca kematian seorang wanita warga asing yang ditemukan maut dalam keadaan bogel di sebuah kedai makan di Bandar Rinching Semenyih di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, hasil laporan bedah siasat Bahagian Perubatan Forensik Hospital Serdang punca kematian adalah disebabkan suspek mengelar dengan menggunakan benda tajam di leher, belakang tengkuk dan tepi pipi mangsa.

"Mayat mangsa masih belum dituntut, kita sedang mengesan warisnya," kata beliau melalui kenyataan pada Jumaat.

Mohd Zaid berkata, pihaknya telah memberkas enam lelaki termasuk tiga lelaki warga Myanmar dan dua lelaki warga Pakistan bagi membantu siasatan.

"Kesemua suspek yang ditahan itu berusia 30 hingga 50 tahun. Kita turut merampas telefon bimbit dan dokumen peribadi milik mangsa.

"Kita juga merampas barang kemas, wang tunai RM2,400 dan pakaian milik suspek yang mempunyai kesan darah," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Mohd Zaid berkata, motif kejadian itu adalah dipercayai cemburu.

"Keemua suspek masih dalam tahanan reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Pada Selasa, media melaporkan sepasukan polis menemui mayat wanita warga Indonesia ditemukan mati dalam keadaan tidak berpakaian dan diselimuti oleh kain di kedai makan itu pada jam 7.33 pagi.

Dalam kenyataan Mohd Zaid sebelum ini memaklumkan, menurut saksi kali terakhir mangsa berusia dalam lingkungan awal 50-an itu dilihat adalah pada Sabtu ketika dia berniaga di kedai makan tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!