China bakal lancar satelit penyelidik solar

China bakal melancarkan satelit penyelidik solar pertama bulan ini selepas membuat kemunculan di Muzium Aeroangkasa. - Foto Bernama
China bakal melancarkan satelit penyelidik solar pertama bulan ini selepas membuat kemunculan di Muzium Aeroangkasa. - Foto Bernama
A
A
A

GUANDONG - China bakal melancarkan satelit penyelidik solar pertama bulan ini selepas membuat kemunculan di Muzium Aeroangkasa sempena Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China (CIAAE) ke-13 yang sedang berlangsung di Zhuhai.

Menurut Shanghai Academy of Spaceflight Technology (SAST), dengan pelancaran satelit tersebut, sekali gus menandakan China akan memasuki era baharu dalam penyelidikan solar.

Satelit percubaan sains dan teknologi itu akan berfungsi untuk mencerap matahari dan seterusnya menentusahkan rangkaian teknologi kunci yang menyekat pembangunan penerbangan angkasa lepas, agar mendorong perkembangan teknologi berkenaan.

Satelit pertama dijadualkan dilancarkan pada pertengahan bulan ini, dan dijangka beroperasi di orbit yang selari dengan matahari sejauh 517 kilometer dari bumi.

Difahamkan satelit terbabit akan menyediakan data pencerapan berhubung fizik dan atmosfera matahari menerusi teleskop yang digunakan.

Satelit yang dijangka berfungsi selama tiga tahun itu akan membekalkan data pencerapan kepada pasukan saintis di dalam dan luar negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: