'Kerjasama UMNO, Pas jangan nampak Melayu sangat' - Nazri

Mohamed Nazri Aziz
Mohamed Nazri Aziz
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan idea kerjasama antara UMNO dan Pas adalah baik namun ia tidak boleh terlalu kemelayuan.

“Kerjasama Pas dan UMNO ini bagus untuk perpaduan Melayu dan Islam tapi pada pandangan saya mesti dalam bentuk BN dan Pas.

“Sebab kalau Pas dan UMNO, nampak Melayu sangat. Tapi kalau BN dan Pas nampak kepelbagaian kaum,” katanya ketika ditemui media di pekarangan Menara Datuk Onn di sini, hari ini.

Sementara itu, Nazri ketika diminta mengulas penerimaan MCA dan MIC berhubung penubuhan jawatankuasa khas teknikal antara UMNO dan Pas, beliau berkata, rakan komponen perlu menerima kerjasama dua parti tersebut.

“MCA dan MIC akan terima kerjasama ini. Saya rasa apa sekali pun, kepentingan orang Melayu dan Islam kena utamakan tanpa ketepikan kepentingan orang lain.

“Tak semestinya BN dan Pas bekerjasama baik akan merugikan orang bukan Melayu.Perkara itu tidak akan berlaku,” tegasnya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut menambah, cadangan supaya BN dibubarkan bergantung kepada konsensus.

“Semua itu konsensus..Jika semua setuju bubarlah. Saya tak tahu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menegaskan bahawa dirinya bukanlah rasis seperti yang dianggap.