Gambar berjaya dirakam dari dalam taufan Sam

Gambar yang berjaya dirakamkan dari dalam taufan Sam menerusi sebuah dron pada Khamis. - Foto YouTube/Saildrone
Gambar yang berjaya dirakamkan dari dalam taufan Sam menerusi sebuah dron pada Khamis. - Foto YouTube/Saildrone
A
A
A

WASHINGTON - Para saintis Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengendalikan sebuah dron yang dilengkapi dengan kamera untuk memasuki ke dalam taufan kategori empat di Lautan Atlantik.

Imej dramatik itu kemudian disiarkan oleh Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) yang menunjukkan sebuah dron kecil merempuh ombak tinggi dan angin selaju 190 kilometer sejam di dalam Taufan Sam.

Dron itu dikenali sebagai 'Saildrone' dan dibangunkan oleh sebuah syarikat yang menggunakan nama yang sama.

Ia menggunakan kuasa angin dan sepanjang tujuh meter.

Dron itu juga mempunyai sayap taufan yang direka khas dan mampu bertahan cuaca yang sukar ketika mengumpulkan data untuk membantu para saintis mengetahui keadaan alam semula jadi itu.

Laman web Saildrone menyatakan dron itu merekodkan ukuran seperti kelajuan angin dan arahnya, suhu, kelembapan. tekanan barometer dan lain-lain lagi.

Seorang saintis NOAA, Greg Foltz berkata, pihaknya menjangkakan akan memperbaiki lagi dron tersebut yang meramalkan sama ada taufan itu akan menjadi lebih kuat. - Agensi

Artikel Berkaitan: