Parlimen New Zealand lulus RUU perangi keganasan

Parlimen New Zealand pada Khamis meluluskan Rang Undang-undang (RUU) mengenai memerangi keganasan. - Foto Parliamen New Zealand
Parlimen New Zealand pada Khamis meluluskan Rang Undang-undang (RUU) mengenai memerangi keganasan. - Foto Parliamen New Zealand
A
A
A

WELLINGTON - Parlimen New Zealand pada Khamis meluluskan Rang Undang-undang (RUU) mengenai memerangi keganasan, lapor Xinhua.

RUU yang memberikan lebih kuasa kepada agensi penguatkuasaan itu dijangka berkuat kuasa mulai 4 Oktober, sebaik mendapat kelulusan diraja.

Menteri Kehakiman Kris Faafoi menyambut baik perkara itu dan ia akan memperkuat lagi undang-undang untuk memerangi keganasan bagi melindungi rakyat New Zealand.

"Pindaan utama ialah menambah kesalahan untuk jenayah merancang atau mengatur keganasan.

"Jawatankuasa Pilihan Kehakiman turut menyokong pindaan undang-undang itu yang berkaitan definisi tindakan pengganas untuk memasukkan niat dan bukan hanya menimbulkan keganasan seperti sebelum ini.

"Sifat keganasan sudah berubah. Di seluruh dunia lebih banyak pelaku bersendirian dan bukan secara berkumpulan; seperti yang berlaku pada 15 Mac di masjid di Christchurch dua tahun lalu dan serangan di pasar raya di barat Auckland awal bulan ini," kata Faafoi. -Bernama

Artikel Berkaitan: