X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

i-Citra: 4.98 juta permohonan berjumlah RM20.58 bilion diluluskan

A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4.98 juta permohonan i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan melibatkan amaun pengeluaran berjumlah RM20.58 bilion.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM4.71 bilion telah dikreditkan kepada ahli iaitu bersamaan 23 peratus pengeluaran yang diluluskan.

"Baki amaun pengeluaran akan dikreditkan kepada ahli berdasarkan jadual bayaran yang telah ditetapkan bagi pengeluaran i-Citra dan pembayaran terakhir adalah pada bulan Februari 2022," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bertarikh 29 September 2021.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu berkenaan status terkini program i-Citra KWSP yang dilaksanakan pada bulan Julai 2021.

i-Citra membolehkan ahli yang berumur di bawah 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan sehingga RM5,000 tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2 selain perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM100 dalam Akaun 1.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara berkala sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000.00 sebulan.

Permohonan i-Citra telah dibuka kepada ahli pada 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021 dengan pertama telah dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Ogos 2021. - Sumber Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!