Gangguan bekalan air di Hulu Langat pulih sepenuhnya

Lima kawasan terjejas di Wilayah Hulu Langat yang mengalami gangguan bekalan air berjadual kini kembali pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi pada Khamis. Gambar hiasan
Lima kawasan terjejas di Wilayah Hulu Langat yang mengalami gangguan bekalan air berjadual kini kembali pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi pada Khamis. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Lima kawasan terjejas di Wilayah Hulu Langat yang mengalami gangguan bekalan air berjadual kini kembali pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi pada Khamis.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, kerja-kerja penyelengaraan secara berjadual bagi penggantuan injap di tiga lokasi telah disiap sepenuhnya.

Menurutnya, tiga kawasan tersebut adalah Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

"Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman web www.airselangor.com," kata kenyataan itu pada Khamis.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Artikel Berkaitan: