30 maut, banduan bergaduh di Ecuador

Sebuah ambulans kelihatan meninggalkan penjara susulan rusuhan, di Guayaquil, Ecuador pada Selasa malam. - Foto AP
Sebuah ambulans kelihatan meninggalkan penjara susulan rusuhan, di Guayaquil, Ecuador pada Selasa malam. - Foto AP
A
A
A

SEKURANG-kurangnya 30 maut serta 47 cedera dalam insiden pergaduhan antara banduan di sebuah penjara di Guayaquil, Ecuador, yang tercetus pada Selasa malam.

Pergaduhan itu dipercayai melibatkan dua kumpulan gengster dalam penjara berkenaan.

Visual disiarkan televisyen menunjukkan, tahanan penjara itu melepaskan tembakan dari tingkat atas penjara sehingga menyebabkan asap di kawasan sekitar sebelum melepaskan bahan letupan lain.

Polis turut merampas beberapa jenis senjata dan bungkusan disyaki dadah.

Pada Julai, Presiden Ecuado Guillermo Lasso pernah memutuskan keadaan darurat dalam sistem penjara berikutan beberapa siri episod ganas yang mengakibatkan 100 terbunuh.

Februari lalu, satu insiden sama berlaku melibatkan korban seramai 79 orang. - Sumber Awani

Artikel Berkaitan: