X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Lelaki disyaki lakukan amang seksual terhadap tiga kanak-kanak

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh hingga 11 tahun di sebuah flat di Sri Damansara, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa anaknya dicabul di tangga flat berkenaan pada jam 5 petang.

"Lelaki berusia 39 tahun itu mendakwa bahawa anaknya telah dicabul oleh seorang lelaki. Kejadian tersebut diketahui oleh bapa mangsa melalui rakaman satu klip video berdurasi 19 saat yang ditunjukkan oleh pengerusi persatuan penduduk flat tersebut," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, video tersebut dirakam oleh seorang saksi kejadian.

"Suspek berusia 53 tahun itu telah memeluk dan mengeselkan kemaluannya beberapa kali ke atas anak mangsa yang baru berusia tujuh tahun.

"Suspek berjaya ditahan oleh saksi kejadian bersama penduduk kawasan flat tersebut dengan bantuan pihak polis," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek juga melakukan perbuatan yang menjengkelkan itu ke atas dua lagi rakan anak mangsa di lokasi yang sama.

"Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 Akta 792," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!