Arahan hentikan operasi jualan tiket terbatal

Terminal Amanjaya
Terminal Amanjaya
A
A
A

IPOH - Arahan untuk menghentikan operasi jualan tiket di Terminal Amanjaya mulai 8 Mac ini, terbatal, apabila kerajaan negeri mencapai persetujuan dengan pihak pengendali terminal berkenaan untuk melanjutkan operasi jualan tiket di kaunter terminal berkenaan sehingga 31 Mac 2019.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Negeri Perak, Pau Yong Choo Kiong berkata, persetujuan berkenaan diharap dapat menamatkan keresahan beberapa syarikat perkhidmatan bas eksperss serta seramai 200 ejen yang beroperasi di terminal berkenaan berikutan cadangan pengenalan Sistem Tiket Berpusat (CTS), baru-baru ini.

Menurutnya, persetujuan berkenaan sekali gus memberikan ruang kepada proses perbincangan dibuat melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa.

“Kerajaan Negeri mengambil maklum keluhan dan keresahan syarikat pengendali perkhidmatan bas ekspres dan 200 ejen yang beroperasi di Terminal Amanjaya, di bandar Meru Raya susulan cadangan pengenalan Sistem Tiket Berpusat (CTS), baru-baru ini.

“Untuk makluman, isu pengenalan sistem CTS turut dilaporkan berlaku di terminal-terminal bas di seluruh negara dan kerajaan negeri komited untuk mencari kaedah penyelesaian yang selari dengan perancangan semua agensi terlibat di peringkat negeri dan persekutuan.

“Justeru, perbincangan melibatkan semua pihak berkepentingan melibatkan agensi-agensi kerajaan negeri serta persekutuan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diharapkan mampu menemui jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Paul Yong berkata demikian bagi mengulas cadangan daripada Pertubuhan Kebajikan Agen Jualan Tiket Bas Ekspres Terminal Amanjaya baru-baru ini berhubung pelaksanaan sistem penjualan tiket sedemikian selain cadangan untuk kembali beroperasi di Medan Gopeng.

Sementara itu, Paul Yong berkata, kerajaan negeri akan kerajaan negeri akan mengambil maklum cadangan daripada pertubuhan berkenaan untuk menjadikan Terminal Bas di Medan Gopeng kembali beroperasi.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan melibatkan kepentingan serta kelulusan daripada banyak pihak.

“Kita akan mendapatkan pandangan daripada agensi-agensi berkaitan dan pada masa sama mengambil kira faktor kebajikan ejen-ejen kaunter tiket serta termasuk harapan masyarakat umum yang mahu melihat penambahbaikan kepada mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini,” katanya.